Thursday, 21 November 2013

Pesanan Kepada Diri dan juga Sahabat...

Alhamdulilah,,, Dapat jugak update blog ni.. :) Setelah sekian lama tidak menaip dan menekan keyboard untuk membuat coretan...

Sejak duduk kat u ni, hari-hari kena membuat assignment, lab report,. then assignment, lab report again n again... humm itu lah lumrah org belajar.. nama pon menuntut ilmu... kann.. :D hihi. Tabahkan Hati dan kaat kan iman.. Insha ALLAH semua dupermudahkan..

Pertama sekali, apa yang saya nak cakap, mulakan setiap perbuatan kita dengan kalimah yang teragung, iaitu ....

  
Dekat sini saya nak katakan, apa-apa yang kita buat mestilah mulakan dengan ucapan Bismillah hirrahman nirrahim .. Contohnya, kita nak pergi ke kelas, angkat barang, nak menyapu, kemas rumah, basuh baju, tutup suis lampu, masak air, dan yang paling penting adalah ketika hendak memasak, hendaklah kita mulakan dengan ucapan  Bismillah hirrahman nirrahim. Ini kerana, dengan ucapan tersebut, molekul-molekul pada makanan akan berubah dan seterusnya akan memberi kebaikan kepada ahli keluarga kita.. C: keluarga juga akan menjadi bahagia. InsyaALLAH di dunia dan juga di akhirat..

Lagi pun, air tangan seorang ibu dan juga isteri tu kan penting..  *eish, bercakap macam dah kahwin je.. hihi. Maaflah terover sikit.. ngee.  Okeh lah, kita balik pada misi utama kita iaitu, kebaikan kalimah  Bismillah hirrahman nirrahim. Antara  kebaikannya ialah dapat mengelakkan kita daripada lupa kepada ALLAH. Kedua, akan mendapat rahmat dan kasih sayang daripada ALLAH S.W.T. Terakhir, dapat menjaga kita daripada melakukan perkara yang tidak baik.. Insha ALLAH, kita akan sentiasa di bawah jagaan ALLAH.. Aamiin.. <3


Saya nak bagi sedikit nasihat pada kalian semua, selalukanlah amalkan ayat-ayat ini dalam hidup kita sehari-hari.. :

1. Doa memudahkan urusan

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "Ya Allah Permudahkanlah, Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari2 yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah..

*tapi, kalau tidak mahu pnjg2, baca Allahumma yassir wala tu'assir sahaja pun boleh :) 

                                                             #doa daripada Ustaz Zahazan.

2. Bacaan Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah 

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ: “بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ” قَالَ: « يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ
 فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ

“Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (zikir): Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya), maka malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga setan-setanpun tidak bisa mendekatinya, dan setan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana (mungkin) kamu bisa (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?”

[HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan shahih oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan syaikh al-Albani.].
                                                                                                                                        
                                                                   Sumber: ILoveAllaah.com

3. Baca Ayatul Qursi sebelum memulakan langkah untuk pergi ke mana-mana. 


  
** insha ALLAH. 70 000 Malaikat akan turun untuk menjaga kita. Mudah2an kita selamat daripada sebarang bahaya.

4. Doa Pendinding dan Penggerak.


Selain itu, doa ini boleh elak santau tau.. Subhanallah.. hanya sepotong ayat yang pendek sahaja, dapat mengelakkan kita daripada bahaya santau..  MasyaALLAH...  Hebat sungguh ayat ni kan ... 


okey,, tu lah serba sedikit perkongsian dari saya.. Sekiranya korg ada pape nak bg tau, Nicely just drop your comment below.. :)  Tme kasih sebab sudi baca.. <3  Wasalam. 

No comments:

Post a Comment